++Year of 2009++

Bermacam-macam perkara yang berlaku...bukannya macam-macam ada...
Sepanjang tahun ini berbagai perkara, kenangan pahit, manis berlaku dalam diri ini...
Bermula pada tepat jam 10.30 pagi 21 Mac 2009, saya Noor Azura Binti Mohd. Hanapi sah bergelar isteri kepada Edy Zahrin Bin Asmawi....Walaupun perkenalan yang terbina bari berusia setahun jagung, tapi bak pepatah orang tua-tua ada jodoh tak kemana....Walaupun singkat masa perkenalan kami, namun hati ini yakin lelaki ini yang mampu membahagiakan hati ini...Syukur Alhamdulillah kerana ditemukan jodoh dengan lelaki sebaik ini...
Bermulalah gaya hidup dan cabaran baru dalam melayari bahter rumahtangga...masjid telah terbina, kini tugas kami adalah mengimarahkan masjid yang dibina berlandaskan kasih-sayang kerana Allah SWT... Pertama kali bergelar isteri, memang tidak dinafikan agak kekok awalnya...yelar...dulu duduk asing-asing sekarang sudah duduk bersama...macam-macam kerenah dan dugaan yang dilalui namun, Alahamdulilllah dugaan ini yang mematangkan kami..menjadikan kami lebih tabah...
Kini.... Bermula satu lagi sejarah dalam hidup kami.... Jika 9 bulan dahulu kami hanya berdua.. Kini.. kami bertiga...bakal cahaya mat kami yang pertama... Anugerah Allah yang tidak terhingga...
sambung nanti..baby dah aktif sangat menendang...:) ouch~ i'm a mother???
1 comments:
Cute blog! keep on updating jgn malas2 k!
Post a Comment